Pages

Sunday, June 2, 2013

Soalan Tugasan Satu. (Penulisan Akademik)

1.Bincangkan proses penggubalan undang-undang di Parlimen Malaysia dan cara pindaan perlembagaan

2.Bincangkan SEPULUH(10) peruntukan utama yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

3.Jelaskan LIMA (5) peruntukan istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


4.Jelaskan dengan terperinci syarat dan cara untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.


5.Huraikan konsep Raja Berpelembagaan serta kepentingannya dalam sebuah negara demokrasi.

6.Bincangkan amalan Demokrasi Berparlimen dan proses pilihan raya yang diamalkan di Malaysia.

7.Tiga komponen utama dalam Parlimen Malaysia ialah Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Yang Di-Pertuan Agong. Huraikan dari segi konsep, keanggotaan, syarat dan peranan ketiga-tiga komponen tersebut.

8.Bincangkan sistem kabinet yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan peranan Perdana Menteri serta Yang Di-Pertuan Agong dalam sistem berkenaan.

9.Bincangkan pembahagian kuasa antara Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman

10.Jelaskan kementerian-kementerian yang terdapat dalam Kerajaan Persekutuan dan buat perincian tentang jabatan dan unit-unit dalam setiap kementerian tersebut.

11.Bandingkan pentadbiran Kerajaan Negeri khususnya negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

12.Jelaskan tentang Kerajaan Tempatan dari segi konsep, fungsi dan kriteria-kriteria yang membezakan bentuk-bentuk Kerajaan Tempatan.

13.Huraikan Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya Tidak Tetap yang terdapat di Malaysia.

14.Bincangkan dan buat perbandingkan dasar-dasar ekonomi berikut:
a. Dasar Ekonomi Baru
b. Dasar Pembangunan Nasional
c. Dasar Wawasan Negara
d. Model Ekonomi Baru

15.Huraikan tentang Dasar-dasar Khusus Pembangunan dan buat perbandingan setiap satu.

16.Buat perincian tentang dasar-dasar sosial Negara. Sejauhmanakah pencapaian dan pelaksanaan dasar-dasar tersebut?

17.Huraikan sembilan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020 untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju mengikut acuan sendiri

18.Jelaskan latar belakang pembentukan sebuah ideologi Negara iaitu Rukun Negara sehingga pelaksanaannya kini.

19.Perihalkan pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kaitkan dengan Dasar Belia Negara.

20.Prinsip-prinsip Dasar Belia Negara mampu mewujudkan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum memiliki matlamat yang sama untuk melahirkan bangsa Malaysia. Jelaskan secara kritis.

0 comments:

Post a Comment