Pages

Monday, March 22, 2010

Pengenalan Masyarakat Malaysia















Konsep masyarakat
* Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan)
* Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat
* Proses mewariskan budaya: generasi yang menurunkan budaya, dan generasi yang menerima budaya.
* Konsep masyarakat perlu difahami konsep masyarakat sebab:
- Untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup bermasyarakat.
- Memahami cara hidup bermasyarakat
- Memahami budaya masyarakat sendiri & lain
- Untuk memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.

Ciri-ciri utama masyarakat:
* Berkelompok
* Berbudaya
* Mengalami perubahan
* Berinteraksi
* Mempunyai kepimpinan
* Mempunyai aturan sosialnya.

Masyarakat Malaysia ≠ bangsa Malaysia
* Masyarakat Malaysia- kelompok manusia yang hidup di Malaysia (konsep payung)
* Bangsa Malaysia- bangsa idaman berteraskan hubungan kaum yang harmonis (seperti dalam Wawasan 2020)
Konsep ras & rasisme
* Ras: berdasarkan ciri kolektif seperti fizikal/biologi berdasarkan warna (kulit, mata, rambut, dsb.)
* Rasisme: Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok lain berdasarkan perbezaan fizikal

Konsep budaya
* ‘ budhi’ + ‘daya’ = ‘budaya’
* “ the way of life of a people’ (Dictionary of Philosophy, 1996)
* Kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dsb. (definisi Kamus Dewan, 2005)
* Satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, ekonomi, politik, kepercayaan, etc.

* Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
o Budaya kebendaan: peralatan , kelengkapan hidup
o Budaya bukan kebendaan: kepercayaan, adat istiadat, undang-undang.
* Dua peranan utama bagi pembentukan budaya:
o Wujudkan identiti
o Memupuk kesedaran kebangsaan

* Ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya:
* Boleh dipelajari
* Boleh dikongsi
* Bersifat sejagat
* Boleh diwarisi
* Berubah-ubah
* Mempunyai unsur simbolik
* Adanya pandangan semesta

Konsep perpaduan,integrasi
* Perpaduan
* Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
* Integrasi
* Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah

Konsep Perpaduan & Integrasi
1.Konsep Segregasi
2.Konsep Akulturasi
3.Konsep Akomodasi
4. Konsep Asimilasi
5. Konsep Amalgamasi

Konsep segregasi
* Pengasingan: sekolah, tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam.
* Contoh: Dasar Aparteid di Afrika Selatan (1948-1994)
* | A | B | C |

Konsep akomodasi
* Pertahan budaya etnik sendiri, hormati kumpulan etnik lain
* Contoh
o Malaysia: MCIL
o Switzerland: JIP
* A + B + C = A + B + C

Konsep akulturasi
* Satu proses penerimaan unsur budaya lain
* Unsur dari budaya asing diterima dan diolah dalam budaya sendiri
* Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal penerima
* Contoh: talileher, angpau, makanan.
* A bc + B ac + C ab

Konsep asimilasi
* Satu proses percantuman antara etnik berlainan budaya
* Contoh: Melayu di Thailand, Cina di Kelantan, Baba dan Nyonya
* Berlaku bila ada interaksi yang erat untuk tempoh yang lama
* A + B + C = A

Konsep amalgamasi
* Terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
* Cara utama ialah melalui perkahwinan campur
* Membentuk generasi atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal.
* A + B + C = D

Pengalaman Malaysia
* Langkah-langkah kerajaan
* JPNIN
* Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Perpaduan Negara
* Memperkenalkan pelbagai dasar cth. DEB, DPK. Binaan berunsur CIA
* Kekkwa

Sumber:
http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-2-konsep-konsep-asas-zt1042-presentation

0 comments:

Post a Comment